Wednesday 14 May 2014

LAGU MENGENAL SUKU KATA


Mari Kenal Abjad


Adik Pandai-Belajar ABC


LANGKAH TIGA SUKU KATA




MARI BELAJAR ABC


1.0 DEFINISI MEMBACA


Dalam buku-buku teks mahupun jurnal, terdapat pelbagai definisi mengenai membaca. Pada umumnya definisi membaca tergantung pada tingkat kemampuan membaca dan tujuan untuk membaca. Membaca adalah keterampilan yang sangat penting bagi kita untuk belajar dan mempelajari sesuatu. Bagi praktik pengajaran, definisi membaca untuk individu belajar membaca harus mencakupi aspek pengenalan huruf, mengeja, pemahaman erti kata dan pemahaman mengenai informasi yang tertera pada bahan bacaan. Definisi membaca memerlukan tinjauan lebih mendalam sekiranya kita mengambil kira perkembangan semasa dan kemajuan teknologi yang digunakan dalam persembahan bahan bacaan.

Terdapat beberapa definisi membaca yang telah dikemukakan oleh beberapa tokoh sarjana dalam bidang bacaan seperti yang berikut :





2.0 TEORI MEMBACA


Membaca adalah salah satu jenis keterampilan berbahasa dan juga suatu proses yang kompleks dan rumit. Membaca yang kompleks dapat dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya ialah internal dan eksternal. Internal bererti tergantung dari diri individu itu sendiri. Eksternal pula berasal dari motivasi luar. Kedua-dua internal dan eksternal ini saling berkaitan antara satu sama lain.
          Hakikat membaca adalah satu proses yang kompleks dan rumit kerana dipengaruhi oleh faktor internal dan juga eksternal yang bertujuan untuk memetik atau memahami erti, serta makna, yang ada dalam tulisan. Tujuan membaca dapat memberi fakta yang tepat, dan terperinci, menemukan gagasan utama,  menemukan urutan dan organisasi, dapat menyimpulkan maklumat, menemukan informasi yang diperlukan, membantu mengklasifikasikan,  menilai serta membandingkan maklumat dari pelbagai sumber.

TEORI FLASHCARD

         Para ahli mengatakan bahawa bayi sangat genius terhadap bahasa. Sebagai contoh, kita dapat melihat bahawa setiap bayi yang lahir  ke dunia ini akan mempelajari bahasa tempat mereka. Bagi setiap bayi yang lahir di Malaysia, bahasa Melayu adalah bahasa asing. Ini tiada bezanya berbanding bahasa Rusia atau bahasa Inggeris. Akan tetapi, ternyata si bayi dapat mempelajari bahasa tersebut. Para ahli menyimpulkan bahawa anak-anak mempelajari bahasanya melalui konteks, dan bukan dengan cara diajarkan satu per satu dari daftar koleksi kata berikut dengan maknanya. Oleh sebab itu, para ahli menyarankan agar ketika mengajar anak-anak membaca, kita perlu mengolah bahasa dalam bentuk tulisan sebagaimana kita mengolah bahasa dalam bentuk pembicaraan. Ini membawa makna iaitu kita sebaik-baiknya membuat proses belajar membaca untuk bayi secara sesederhana mungkin. Dengan ini, anak kecil tersebut dapat belajar membaca secara alami tanpa disedari oleh mereka. Keadaan ini lebih kurang sebagaimana anak kecil tersebut belajar berbicara dengan bahasa ibunya. Proses memahami bahasa melalui telinga memerlukan tiga syarat utama iaitu lantang, jelas dan diulang.
          Tanpa kita sedari, seseorang ibu kebiasaannya berbicara dengan bayinya dengan tiga elemen utama iaitu lantang, jelas dan diulang-ulang. Alasan utama yang menjadi sebab kebanyakan bayi tidak menyerap bahasanya melalui mata menuju ke otaknya sebagaimana bahasa tersebut diserap melalui telinga menuju ke otaknya adalah kerana ternyata bayi memerlukan pendedahan kepada bahasa melalui penglihatannya dalam bentuk yang besar, jelas dan diulang-ulang.
            Selain itu, model teori membaca lahir dari perspektif dengan cara makna diangkat dari bacaan. Inti bagi proses membaca adalah seseorang itu berusaha memahami isi pesan penulis yang tertuang dalam bacaan. Pemeroleh makna kebiasaannya berangkat dari beragam sudut. Dari sudut itulah, pandangan para ahli bahasa dibeza-bezakan. Terdapat tiga pandangan tentang cara makna diperoleh yang melahirkan tiga model teori membaca. Tiga model itu antara lain ialah ‘Model Teori Bottom-Up’, ‘Model Teori Top-Down’, dan juga ‘Model Teori Interaktif’.
















            



  
          Kesimpulannya, dapat dikatakan bahawa membaca pemahaman merupakan proses aktif yang di dalamnya melibatkan banyak faktor. Hal ini bertujuan untuk memperoleh pemahaman melalui proses interaksi antara pembaca dengan bacaan dalam peristiwa membaca.