Wednesday, 14 May 2014

3.0 BELAJAR MEMBACA


Mata memainkan peranan penting dalam proses belajar membaca. Hal ini demikian kerana, mata berfungsi untuk melihat apa-apa yang dibaca. Walaupun begitu, mata  sahaja tidak mampu untuk memberi makna dala pembacaan.  Contohnya, dengan pengetahuan abjad yang kita miliki, kita mampu untuk membaca teks abjad yang berikut :
            Detfinnsingetunikslasna, vivi, sig pa ba

Teks tersebut dapat dibaca tetapi tidak di ketahui maknanya.Hal ini bermakna selain mata kita haruslah memiliki  kebolehan membaca, pengetahuan tentang bahasa, dan pengetahuan tentang topik yang dibincangkan. Ketiga-tiga maklumat membaca ini dikenali sebagai maklumat bukan visual. Dalam proses membaca, terdapat maklumat dukan visual dan maklumat visual di mana, ia saling berkait. Hal ini demikian kerana, semasa membaca kedua-dua maklumat ini menjalinkan hubungan yang timbal balik.Maksudnya, lagi banyak maklumat bukan visual yang kita ada, lagi sedikit maklumat visual yang diperlukan semasa membaca dan sebaliknya.Selain itu, tugas mata boleh diringankan jika maklumat bukan visual dan pengetahuan sedia ada (skemata) “dibawa”  semasa membaca.
































1 comment: