Wednesday, 14 May 2014

7.0 PENTAKSIRAN MEMBACA


Pentaksiran merupakan proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi oleh seseorang pelajar melalui bacaan, setelah mengalami proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kesahan bukti empirikal yang digunakan bagi proses penaksiran sangat bergantung kepada sejauhmana keupayaan guru dalam mengkuantifikasikan dengan tepat kewujudan atribut atau ciri penguasaan pelajar yang digunakan sebagai asas penaksiran. Pentaksiran perlu selari dengan objektif pembelajaran pada satu-satu sesi P&P. Selain itu, pentaksiran juga sentiasa disepadukan dengan kaedah mengajar dalam setiap sesi P&P, dan berlaku di sepanjang P&P trsebut. Dengan itu, guru perlu mahir dengan pelbagai jenis alat pentaksiran dan berketerampilan menggunakannya pada masa yang paling efektif.
























     



















 
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

PBS ialah pentaksiran yang dilakukan oleh guru semasa proses P&P di dalam kelas berlangsung. Menurut Aziz (2010), dalam PBS peranan guru adalah untuk mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru juga menentukan hasil pembelajaran yang hendak diajarkan dan ditaksir, merancang dan membina instrumen pentaksiran, melaksanakan pentaksiran, merekodkan hasil pentaksiran, menganalisis maklumat pentaksiran, melaporkan hasil pentaksiran dan membuat tindakan susulan.
      Manakala, dalam konteks Malaysia, PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor (jasmani) dan sosial, selaras dengan Falsaah Pendidikan Kebangsaan. PBS ini mentaksir proses dan produk secara formatif dan sumatif, iaitu mengamalkan konsep assessment for learning dan assessment of learning.
      PBS mentaksir bidang akademik dan bidang bukan akademik. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan oleh pihak sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Ciri-ciri Panduan Pelaksanaan PBS:
-  Ia melibatkan guru dari awal hingga akhir pengajaran: dari merancang pentaksiran pembelajaran, mengenal pasti dan membina tugasan/alat pentaksiran yang sesuai, memantau pelaksanaan, mentaksir kerja murid.
-     Mengumpulkan seberapa banyak sampel tentang perkembangan murid dalam jangka masa yang ditetapkan.
-     Pentaksiran ini boleh diadaptasi dan diubahsuai oleh guru untuk menyelaraskannya dengan matlamat pembelajaran bagi sesebuah kelas dan murid yang hendak ditaksir.
-          Pentaksiran ini berlaku di dalam kelas biasa.
-          Ia dilakukan oleh guru yang mengajar murid berkenaan.
-     Murid menjadi lebih aktif melalui proses pentaksiran, terutamanya apabila guru melakukan pentaksiran sendiri atau rakan sebaya.
-   Pentaksiran ini memberi peluang kepada guru untuk memberikan maklum balas secara membina (constructive) kepada murid dengan serta-merta.
-          Ia mengalakkan penilaian berterusan dan melaraskan program P&P.
-     Pentaksiran ini menjadi pelengkap kepada bentuk-bentuk pentaksiran yang lain, termasuk peperiksaan umum seperti, UPSR, PMR, dan SPM.

Konsep PBS yang terdapat dalam pernyataan misi PBS:

(i)            Pentaksiran Bersifat Holistik
-    Menilai aspek kognitif, afektif, dan psikomotor murid selaras dengan FPK dan kurikulum kebangsaan.
-      Tujuannya untuk membangunkan modal insan yang holistik dengan memiliki profil murid PBS.
-          Hal ini, melalui aktiviti kognitif seperti menjawab soalan dan bercerita semula tentang kefahaman mereka daripada pelbagai bahan yang dibaca, melahirkan perasaan dan emosi berdasarkan bahan bacaan melalui aktiviti deklamasi puisi dan improvisasi, serta melakonkan watak yang digambarkan dalam teks.

(ii)          Pengumpulan Maklumat
-            Mengenai kebolehan murid yang lebih komprehensif dikumpulkan dalam rekod profil murid.
-      Perkara-perkara yang diisikan dalam profil ini ialah pencapaian murid (achiement), perkembangan (development), dan penglibatan (involvement) murid.
-      Rekod-rekod ini dapat memberikan gambaran yang lebih tepat tentang potensi dan prestasi murid.

(iii)        Pentaksiran Yang Seimbang
-   Ia berfokuskan kepada perkembangan potensi dan kemenjadian murid melalui pendidikan yang menitik beratkan pembinaan dan penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran serta pengamalan nilai (adab) yang baik.

(iv)        Pentaksiran Bersifatkan Murid
-         Meningkatkan penglibatan, pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, dan memupuk nilai dan sikap terpuji serta bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri sebagaimana yang terdapat dalam profil murid PBS.
-      Ia dapat dilakukan melalui aktiviti autentik yang merujuk kepada situasi kehidupan sebenar, pembelajaran kendiri dan kolaboratif.

Istilah-istilah yang diperkenalkan oleh guru yang dikehendaki oleh KPM ialah, band, standard, standard prestasi, deskriptor, evidens dan instrumen.

      Pentaksiran Formal

Pentaksiran formal biasanya dilakukan secara bertulis, seperti ujian, kuiz dan esei. Hasilnya murid akan diberikan markah dan gred. Pengurusan pentaksiran jenis ini lebih sistematik. Matlamatnya adalah untuk menilai kemajuan murid dalam satu-satu jangka masa pengajaran. Keputusan pentaksiran ini penting kerana guru, ibu bapa dan pentadbir ingin mendapat maklumat tentang perkembangan murid dalam pembelajaran membaca. Pentaksiran jenis ini digolongkan dalam Ujian Rujukan Norma.

Pengujian
Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam proses P&P.  Ujian adalah alat ukur, bagi mengukur ‘penguasaan’ pelajar dalam membaca sesuatu bahan bacaan. Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu bahan bagi merangsang pelajar untuk ‘menunjukkan’ tahap penguasaan mereka dalam memahami bahan yang berkenaan. Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.

Ciri Utama Ujian

(i)                 Kesahan Ujian
Kesahan ujian sebagai alat pengukuran bermaksud ujian tersebut menguji apa yang hendak diuji. Sesebuah ujian itu perlu memiliki 3 jenis kesahan.

(a)   Kesahan Kandungan
-                  Ia merujuk kepada sejauhmana sesuatu ujian merangkumi domain kandungan yang hendak dinilai.
-               Kandungan sesuatu ujian merupakan sampel ‘representative’ kandungan bidang yang ingin diukur.
-                 Bagi menentukan ujian yang digunakan meliputi kandungan bidang yang diuji, guru perlu mentakrifkan kurikulum dan isi pelajaran kursus yang diajarkan.
-        Salah satu cara yang digunakan oleh guru, ialah dengan merangka Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).

(b)   Kesahan Gagasan
-                     Ia merupakan sekumpulan konsep yang ada pada fikiran tetapi kita tidak dapat dilihat objeknya secara langsung seperti pencapaian, kecerdasan dan kreativiti.

(c)    Kesahan Berkaitan Dengan Kriteria
-                Ia merujuk sejauhmana kaitan antara pencapaian dalam sesuatu ujian dengan kriteria luaran yang berkecuali.
-                   Ia mempersoalkan sama ada ujian sah mengukur kriteria yang hendak diukur. 
-              Sekiranya kriteria luaran yang berkecuali sebenarnya sah bagi mengukur kriteria yang hendak diukur, maka kaitan yang bererti antara ujian dengan kriteria luaran tersebut menunjukkan kesahan berkaitan dengan kriteria.
-                   Terdapat dua jenis kriteria yang boleh digunakan, iaitu kriteria serentak yang ditunjukkan pada masa yang sama atau hampir sama dengan pengukuran yang dikenakan ke atas kriteria tersebut.
-         Kriteria jangkaan ditunjukkan pada satu selang masa selepas pengukuran dikenakan ke atas kriteria tersebut.

(ii)               Kebolehpercayaan Ujian
Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan ujian dalam mengukur apa yang hendak diukur. Kebolehpercayaan ujian dipengaruhi oleh faktor yang tidak sistematik, iaitu faktor yang menghasilkan perubahan atau variasi yang tidak dijangka yang dikenali sebagai perubahan rawak.

(iii)             Keobjektifan Ujian
-               Ia berkait dengan sejauhmana perskoran sesuatu jawapan ujian bebas daripada pertimbangan pemeriksa.
-                    Bagi memastikan ujian mempunyai keobjektifan yang tinggi, skema perskoran perlu disediakan lebih awal sebelum ujian.
-                  Skema perskoran bagi soalan objektif agak mudah, kerana mencatatkan huruf sama ada A, B, C, atau D.
-                 Bagi soalan subjektif, kaedah penskoran agak rumit, terutama bagi soalan yang memerlukan murid menggunakan pemikiran aras tinggi.

(iv)             Kebolehtadbiran
-                     Sesuatu ujian mestilah boleh ditadbirkan dengan sempurna.
-       Pentadbiran ujian yang sempurna sangat penting supaya semua pelajar mempunyai suasana yang sesuai untuk memberi jawapan yang terbaik.

      Pentaksiran Tak Formal

Ia berlaku secara lebih bersahaja. Ia penting dalam proses pembelajaran. Dalam pengajaran kemahiran membaca, pentaksiran tak formal dapat memberikan gambaran menyeluruh tentang kemahiran, kebolehan dan perkembangan berterusan murid tentang pencapaian membaca mereka. Terdapat sekurang-kurangnya tiga ciri yang membezakan pentaksiran tak formal dengan pentaksiran formal.

(a)    Tujuan: Ia bertujuan membimbing murid mencapai kemahiran yang disasarkan.
(b)   Pelaksanaan: Ia berlaku sepanjang masa pengajaran kemahiran membaca.
(c)  Alat Pengukuran: Ia biasanya menggunakan ujian pensel dan kertas sebagai instrument. Instrument yang kerap digunakan ialah inventori, senarai semak, skala, rubrik, dan kadangkala catatan guru.

      Pentaksiran dan Kad Kemajuan

-    Setiap pentaksiran perlu direkodkan, ia penting untuk memantau perkembangan prestasi murid.

-          PBS memperkenalkan kaedah merekod yang lebih sistematik. Melalui rekod prestasi PBS, guru dikehendaki mencatat perkembangan murid mengikut band, deskriptor dan evidens. 

0 comments:

Post a Comment