Wednesday, 14 May 2014
1.0 DEFINISI MEMBACA
08:22
1 comment
Dalam buku-buku teks mahupun jurnal, terdapat pelbagai definisi mengenai membaca. Pada umumnya definisi membaca tergantung pada tingkat kemampuan membaca dan tujuan untuk membaca. Membaca adalah keterampilan yang sangat penting bagi kita untuk belajar dan mempelajari sesuatu. Bagi praktik pengajaran, definisi membaca untuk individu belajar membaca harus mencakupi aspek pengenalan huruf, mengeja, pemahaman erti kata dan pemahaman mengenai informasi yang tertera pada bahan bacaan. Definisi membaca memerlukan tinjauan lebih mendalam sekiranya kita mengambil kira perkembangan semasa dan kemajuan teknologi yang digunakan dalam persembahan bahan bacaan.
Terdapat beberapa definisi membaca yang telah dikemukakan oleh beberapa tokoh sarjana dalam bidang bacaan seperti yang berikut :
2.0 TEORI MEMBACA
08:21
2 comments
Membaca adalah salah satu jenis keterampilan berbahasa dan juga suatu proses yang kompleks dan rumit. Membaca yang kompleks dapat dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya ialah internal dan eksternal. Internal bererti tergantung dari diri individu itu sendiri. Eksternal pula berasal dari motivasi luar. Kedua-dua internal dan eksternal ini saling berkaitan antara satu sama lain.
Hakikat membaca adalah satu proses yang kompleks dan rumit kerana dipengaruhi oleh faktor internal dan juga eksternal yang bertujuan untuk memetik atau memahami erti, serta makna, yang ada dalam tulisan. Tujuan membaca dapat memberi fakta yang tepat, dan terperinci, menemukan gagasan utama, menemukan urutan dan organisasi, dapat menyimpulkan maklumat, menemukan informasi yang diperlukan, membantu mengklasifikasikan, menilai serta membandingkan maklumat dari pelbagai sumber.
TEORI FLASHCARD
Para ahli mengatakan bahawa bayi sangat genius terhadap bahasa. Sebagai contoh, kita dapat melihat bahawa setiap bayi yang lahir ke dunia ini akan mempelajari bahasa tempat mereka. Bagi setiap bayi yang lahir di Malaysia, bahasa Melayu adalah bahasa asing. Ini tiada bezanya berbanding bahasa Rusia atau bahasa Inggeris. Akan tetapi, ternyata si bayi dapat mempelajari bahasa tersebut. Para ahli menyimpulkan bahawa anak-anak mempelajari bahasanya melalui konteks, dan bukan dengan cara diajarkan satu per satu dari daftar koleksi kata berikut dengan maknanya. Oleh sebab itu, para ahli menyarankan agar ketika mengajar anak-anak membaca, kita perlu mengolah bahasa dalam bentuk tulisan sebagaimana kita mengolah bahasa dalam bentuk pembicaraan. Ini membawa makna iaitu kita sebaik-baiknya membuat proses belajar membaca untuk bayi secara sesederhana mungkin. Dengan ini, anak kecil tersebut dapat belajar membaca secara alami tanpa disedari oleh mereka. Keadaan ini lebih kurang sebagaimana anak kecil tersebut belajar berbicara dengan bahasa ibunya. Proses memahami bahasa melalui telinga memerlukan tiga syarat utama iaitu lantang, jelas dan diulang.
Tanpa kita sedari, seseorang ibu kebiasaannya berbicara dengan bayinya dengan tiga elemen utama iaitu lantang, jelas dan diulang-ulang. Alasan utama yang menjadi sebab kebanyakan bayi tidak menyerap bahasanya melalui mata menuju ke otaknya sebagaimana bahasa tersebut diserap melalui telinga menuju ke otaknya adalah kerana ternyata bayi memerlukan pendedahan kepada bahasa melalui penglihatannya dalam bentuk yang besar, jelas dan diulang-ulang.
Selain itu, model teori membaca lahir dari perspektif dengan cara makna diangkat dari bacaan. Inti bagi proses membaca adalah seseorang itu berusaha memahami isi pesan penulis yang tertuang dalam bacaan. Pemeroleh makna kebiasaannya berangkat dari beragam sudut. Dari sudut itulah, pandangan para ahli bahasa dibeza-bezakan. Terdapat tiga pandangan tentang cara makna diperoleh yang melahirkan tiga model teori membaca. Tiga model itu antara lain ialah ‘Model Teori Bottom-Up’, ‘Model Teori Top-Down’, dan juga ‘Model Teori Interaktif’.
Kesimpulannya, dapat dikatakan bahawa membaca pemahaman merupakan proses aktif yang di dalamnya melibatkan banyak faktor. Hal ini bertujuan untuk memperoleh pemahaman melalui proses interaksi antara pembaca dengan bacaan dalam peristiwa membaca.
3.0 BELAJAR MEMBACA
08:21
1 comment
Mata memainkan peranan penting dalam proses belajar membaca. Hal ini demikian kerana, mata berfungsi untuk melihat apa-apa yang dibaca. Walaupun begitu, mata sahaja tidak mampu untuk memberi makna dala pembacaan. Contohnya, dengan pengetahuan abjad yang kita miliki, kita mampu untuk membaca teks abjad yang berikut :
Detfinnsingetunikslasna, vivi, sig pa ba
Teks tersebut dapat dibaca tetapi tidak di ketahui maknanya.Hal ini bermakna selain mata kita haruslah memiliki kebolehan membaca, pengetahuan tentang bahasa, dan pengetahuan tentang topik yang dibincangkan. Ketiga-tiga maklumat membaca ini dikenali sebagai maklumat bukan visual. Dalam proses membaca, terdapat maklumat dukan visual dan maklumat visual di mana, ia saling berkait. Hal ini demikian kerana, semasa membaca kedua-dua maklumat ini menjalinkan hubungan yang timbal balik.Maksudnya, lagi banyak maklumat bukan visual yang kita ada, lagi sedikit maklumat visual yang diperlukan semasa membaca dan sebaliknya.Selain itu, tugas mata boleh diringankan jika maklumat bukan visual dan pengetahuan sedia ada (skemata) “dibawa” semasa membaca.
4.0 MASALAH DALAM MEMBACA
08:20
No comments
Masalah membaca bukanlah satu masalah yang baru dalam semua masyarakat di dunia, sama ada bagi masyarakat dalam negara miskin atau dunia ketiga, malahan bagi negara maju atau negara industri sendiri pun masalah ini masih berlaku dengan berleluasa. Buktinya, negara Amerika dalam tahun 1930-an sendiri mengalami masalah buta huruf yang kritikal dalam kalangan generasi muda mereka. Pada masa itu, hampir 40% generasi muda mereka mengalami masalah tidak dapat membaca pada tahap sepatutnya. Oleh hal yang demikian, disebabkan itulah bidang bacaan dijadikan sebagai satu displin ilmu dalam sistem pendidikan mereka selepas tahun 1950-an. Kerana masalah ini juga, maka Amerika menjadi peneroka dan tunggak dalam bidang ilmu bacaan di seluruh dunia masa kini. Masalah dalam membaca ini adalah disebabkan dua faktor iaitu faktor dalaman dan faktor luaran.
FAKTOR DALAMAN
Bagi faktor dalaman adalah disebabkan oleh faktor fizikal. Kecacatan yang ringan terhadap deria tidak akan mendatangkan kesan negatif terhadap kebolehan membaca, tetapi kecacatan yang berat boleh menyebabkan ketidakupayaan membaca. Antara kecacatan fizikal yang amat mempengaruhi keupayaan membaca ialah :
Penglihatan
1. Juling – menggunakan (fokus) kedua-dua biji mata ke arah yang sama. Ini akan mengakibatkan imej bagi satu benda yang sama kelihatan tidak sam saiz dan bentuknya.
2. Rabun dekat – tidak dapat melihat pada jarak yang dekat.
3. Rabun jauh – (myopia) tidak dapat melihat pada jarak yang jauh.
4. Astigmatism – penglihatan yang kabur diakibatkan kurang fokus cahaya pada salah satu atau kedua-dua hujung retina.
5. Amblyopiks – satu keadaan imej daripada salah satu biji mata tidak sampai ke otak.
Kesemua simptom ini akan menyebabkan masalah kepada seseorang kanak-kanak untuk menggunakan penglihatan pada peringkat awal dalam kemahiran membaca iaitu mencerap imej huruf yang dipaparkan pada permukaan bertulis. Jika pada peringkat awal ini sukar dilakukan, maka kanak-kanak akan menghadapi masalah untuk meneruskan proses membaca pada peringkat mendekod.
Persepsi penglihatan – pelajar yang mempunyai persepsi penglihatan yang bercelaru akan menyebabkan kesukaran untuk membaca. Sebahagian dari simptomnya ialah:
1. Perkataan kelihatan seolah-olah satu percampuran huruf yang tidak bermakna, seperti muzik menjadi msuki.
2. Huruf atau perkataan menjadi terbalik – seperti contoh b menjadi d, atau perkataan bas menjadi das.
3. Jika jenis percetakan atau saiz huruf bertukar, pelajar tidak dapat mengenal pasti huruf yang sebenar.
4. Satu perkataan kelihatan seperti imej cermin.
5. Pelajar yang tidak dapat membezakan suku kata.
Pendengaran (Auditori)
Pelajar yang mempunyai masalah pendengaran yang teruk akan menghadapi masalah untuk belajar membaca. Pelajar yang mempunyai masalah pendengaran yang ringan boleh dibantu dengan teknik yang dapat meningkatkan perbendaharaan kata. Mereka yang mempunyai masalah pendengaran juga akan menghadapi masalah untuk membezakan bunyi vokal dan konsonan. Contohnya kanak-kanak ini tidak dapat membezakan antara vokal a dengan vokal e, u dengan o dan i dengan e. kerencatan pendengaran juga terdapat dalam dua kategori, iaitu kerencatan sementara dan kerencatan kekal.
Pertuturan
Punca masalah pertuturan (seperti kecelaruan bunyi suara, nada yang tidak menentu, pertuturan spastik) ialah masalah emosi, kelewatan pertumbuhan, kurang pendengaran, pertumbuhan kerongkong yang tidak lengkap, sumbing dan kecederaan otak atau sebahagian daripada otak. Namun demikian tidak semua punca masalah pertuturan ini boleh mengakibatkan masalah tidak berkeupayaan membaca.
Faktor Neurologikal
Neurologi ialah kajian yang berkait sistem saraf manusia termasuklah sistem dalam otak, tulang belakang, urat, ganglia (tisu urat yang pelbagai) dan bahagian organ reseptor. Sebahagian daripada bahagian neurologi ini boleh memberikan kesan terhadap kebolehan membaca.
Kerosakan Otak
Kerosakan otak boleh disebabkan beberapa faktor seperti kecederaan, penyakit atau
kesan bahan toksid mencemar bahagian otak.
Neurologi Tidak Berfungsi
Bahagian otak yang tidak berkembang sepenuhnya atau bahagian otak yang tertutup sebahagiannya sejak dilahirkan.
Faktor Keturunan
Ada kajian yang mengatakan keturunan kuat mempengaruhi kemampuan untuk belajar. Contohnya, kanak-kanak kembar, kembar seiras dan kembar seibu, menunjukkan kemampuan yang berbeza dalam pencapaian. Kembar seiras lebih rapat hubungannya dalam pencapaian daripada kembar seibu. Namun demikian, faktor persekitaran juga amat penting untuk melihat pencapaian kanak-kanak. Oleh itu, perkara yang perlu dititikberatkan ialah bagaimana keluarga menyediakan persekitaran membaca yang banyak, minat ibu bapa dan model bahasa yang ditunjukkan oleh ibu bapa kepada anak-anak.
Faktor Emosi
Kegagalan membaca akan mempengaruhi emosi pelajar. Pelajar yang gagal membaca akan mempunyai rasa rendah diri, tidak bermotivasi kecewa dan malas. Faktor emosi yang boleh menganggu pencapaian pelajar dalam pelajaran ialah seperti kes penderaan, kanak-kanak terbiar, dan perpecahan keluarga.
FAKTOR LUARAN
Faktor Sosio-Ekonomi
Status sosio-ekonomi (SES) kerap menjadi salah satu pemboleh ubah dalam kajian yang berkaitan pencapaian pelajar untuk membaca. Kanak-kanak dari SES rendah selalunya mempunyai pencapaian yang rendah dan kanak-kanak SES tinggi selalu mendapat pencapaian yang tinggi. Keturunan, kaum dan perbezaan budaya juga boleh mempengaruhi pencapaian pelajar dalam membaca.
Faktor Instruksional
Kaedah, teknik dan strategi pengajaran guru penting untuk menentukan kejayaan pelajar mencapai objektif pembelajaran. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran membaca, kaedah dan teknik yang digunakan guru perlulah sesuai dengan tahap perkembangan dan keupayaan belajar.
Faktor Motivasi
Motivasi dari pihak luar amat mempengaruhi keupayaan membaca. Kanak-kanak yang kerap digalakkan membaca dan diberi peluang untuk membaca akan lebih pantas menguasai kemahiran membaca daripada kanak-kanak yang tidak ada galakan dan tidak diberikan persekitaran membaca yang luas.
Faktor Genetik
5.0 PEMILIHAN BAHAN BACAAN
08:20
2 comments
Dalam satu tinjauan rintis oleh Isahak Haron dan Zainiah Mohamed Isa (2005), terhadap seratus orang kanak-kanak prasekolah dari seluruh Malaysia untuk mengetahui jenis buku yang diminati mereka , pengkaji hanya mendapati satu buku sahaja yang mendapat bilangan kekerapan sebanyak tujuh kali iaitu buku ‘Perlumbaan Arnab dengan Kura-kura’. Keadaan ini berlainan jika kita bandingkan dengan keadaan kanak-kanak di luar negara yang meminati buku ‘Rosie’s Walk’ and ‘Where is My Duckling’ dan ‘Brown Bear, Brown Bear, What Do You See’ adalah pilihan bagi peringkat usia tiga ke empat tahun. Terdapat juga berbagai-bagai tajuk pilihan lain bagi peringkat usia yang berlainan.
Buku-buku cerita ini bukan sahaja diminati kanak-kanak masa kini tetapi juga oleh ibu dan bapa mereka pada zaman kanak-kanak mereka dahulu. Ini kerana kebanyakan buku-buku ini telah dihasilkan semenjak daripada tahun 60an lagi tetapi buku-buku ini masih mendapat sambutan sehingga kini kerana nilai dan mutunya yang mendapat tempat di hati pembaca. Malahan di negara luar memang telah ada senarai buku-buku yang disyorkan bagi setiap peringkat umur kanak-kanak dan terbukti buku-buku tersebut bukan sahaja bermutu malah mendapat sambutan hangat daripada kanak-kanak. Oleh itu, adalah perlu bagi kita mengetahui ciri-ciri yang ada pada sesuatu bahan bacaan sehingga ia begitu diminati sejak zaman berzaman lagi.
Setelah mengetahui ciri-ciri bagi buku-buku yang telah terpilih itu kita terapkan pula dalam bahan bacaan kanak-kanak yang terdapat di negara kita bagi memilih buku-buku yang sesuai untuk beberapa peringkat umur.
6.0 PENDEKATAN DALAM MENGAJAR MEMBACA
08:19
No comments
Bagi seseorang pelajar, kemahiran membaca adalah sangat penting. Hal ini demikian kerana dengan penguasaan dalam kemahiran membaca akan membantu seseorang pelajar untuk memperluaskan pemikiran dan idea di samping dapat meningkatkan daya kreativiti dalam pelbagai bidang. Kebolehan menguasai kemahiran membaca sangat penting dan sering menjadi ukuran kepada pencapaian pelajar di sekolah. Hal ini kerana, kemahiran tersebut menjadi faktor penentu terhadap pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai bidang ilmu. Sesuatu ilmu itu akandiperolehi melalui pembacaan, seperti kata pepatah “Membaca Jambatan Ilmu”. Sekiranya pelajar tidak pandai membaca, maka dia akan ketinggalan dalam pelajaran berbanding dengan kawan-kawannya yang mahir membaca. Hal ini demikian kerana, proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah memerlukan pembacaan.Justeru itu, pelajar yang dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik akan menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam pelbagai mata pelajaran. Untuk memastikan pelajar dapat menguasai kemahiran ini, beberapa pendekatan dan langkah yang boleh digunakan oleh guru untuk membantu pelajar
Pendekatan ini meliputi aktiviti mengajar membaca melalui beberapa kemahiran yang biasa pada situasi membaca yang pelbagai seperti tujuan rekreasi, mencari maklumat dan bimbingan (YahyaOtham, 2004). Di samping itu, dalam pendekatan ini juga, ia turut menekankan tentang kesinambungan pengulangan dan mengulang kaji perkara yang diajar sebelumnya. Ini bermakna pelajar sentiasa membuat latihan terhadap sesuatu yang telah diajar oleh guru mereka di dalam kelas. Dalam pengajaran membaca juga, penambah bahan kepada perkara yang telah diajar merupakan salah satu cara yang boleh membantu pelajar dalam menguasai kemahiran membaca mereka.Selain itu, dalam pendekatan ini pola dan perbendaharaan kata turut dititikberatkan.Ia bermakna guru perlu menjelaskan mengenai perkara ini kepada pelajar dengan tepat. Hal ini kerana, supaya bilangan perkataan yang digunakan oleh pelajar dapat dikira dengan tepat dalam waktu-waktu yang tertentu.Malah, perkara yang lebih penting dalam pendekatan ini ialah guru perlu memikirkan kebolehan serta pengalaman yang dimiliki oleh pelajar dalam peringkat menguasai kemahiran membaca.
Antara dua kaedah pengajaran membaca asas adalah pengajaran pekembangkan kemahiran dan pelajaran membaca secara terarah. Pengajaran perkembangan kemahiran adalah melibatkan guru menulis perkataan di papan hitam serta membulatkan perkataan-perkataan yang mempunyai bunyi yang sama semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Manakala bagi kaedah pelajaran membaca secara terarah pula terbahagi kepada lima cara, iaitu motivasi, persediaan latar belakang, menetapkan tujuan, membaca semua secara senyap ataupun lisan secara terarah dan tindak balas dan perluasan. Dari segi motivasi, bermaksud melalui latar pengalaman, kuiz, menyelesaikan masalah dan sebagainya yang dilakukan oleh guru di dalam kelas. Hal ini akan memberi satu tindakan positive kepada pelajar di mana mereka akan melakukan pembacaan.
Seterusnya, dari aspek persediaan latar belakang pula adalah di mana, apabila terdapat perkataan-perkataan yang sukar dan asing, guru hendaklah tuliskan di papan hitam dan kemudian meminta pelajar untuk mencari atau meneka maknanya.Di samping itu, guru boleh menyuruh pelajar menggunakan dalam perbualan atau dalam petikan karangan yang dibuat.Dalam aspek menetapkan tujuan, bermaksud guru dan pelajar sama-sama menguji pilihan dan menentukan tujuan yang diberikan. Manakala dari segi membaca semula secara senyap atau lisan secara terarah memerlukan pelajar membaca teks pilihan dan menjawab soalan semasa membaca senyap guruboleh pergi kepada pelajar secara individu dan minta pelajar membaca secara kuat serta bertanya apa yang didapati dan masalah yang dihadapi. Akhir sekali dari segi tindak balas dan perluasan, guru memberi pelajar pilihan untuk mempraktikkan kemahiran yang diperoleh melalui buku kerja, pengajaran kendiri atau helaian aktiviti boleh digunakan untuk membantu pelajar menguasai kemahiran membaca.
Pendekatan Teknologikal
Perkara pertama dalam pendekatan ini adalah keupayaan menghasilkan pengajaran berurutan dapat dilakukan semula pada masa yang lain. Ia bermaksud aktiviti bagi sesuatu pengajaran yang dilakukan dapat digunakan untuk pengajaran yang lain. Pendekatan ini menekankan perkara yang dapat dirasai oleh pancaindera dan dibuktikan kebenarannya. Pendekatan ini juga dilabelkan sebagai :
Dalam pendekatan ini, terdapat empat aspek, iaitu yang pertama adalah objektif tingkah laku di mana pelajar hendaklah mengenal pasti perkataan, objektif bagi pemahaman dan kemahiran belajar. Seterusnya, ujian kriteria bagi setiap objektif di mana, ia akan menentukan status atau kedudukan individu dengan merujuk domain tingkah laku seperti kemahiran membaca atau gabungan beberapa kemahiran dalam membaca. selain itu, komponen strategi yang wujud dalam bahan, program pelajaran atau aktiviti pelajar perlu memberikan tindak balas. Guru boleh menggunakan pita rakaman dalam aktiviti pelajaran ataupun menggunakan buku kecil yang memerlukan guru terlibat sama. sistem penyimpanan rekod juga merupakan salah satu komponen dalam pendekatan teknologikal. Merekod mengenai kemahiran yang sudah melalui keupayaan dalam ujian rujukan kriteria dan menunjukkan objektif dan arahan yang diambil tindakan.
Ø Sistem membaca berdasarkan objektif
Ø Program berdasarkan kriteria
Ø Membaca berdasarkan kecekapan
Ø Sistem pengurusan kemahiran
Ø Membaca berdasarkan perspektif diagnostik
Dalam pendekatan ini, terdapat empat aspek, iaitu yang pertama adalah objektif tingkah laku di mana pelajar hendaklah mengenal pasti perkataan, objektif bagi pemahaman dan kemahiran belajar. Seterusnya, ujian kriteria bagi setiap objektif di mana, ia akan menentukan status atau kedudukan individu dengan merujuk domain tingkah laku seperti kemahiran membaca atau gabungan beberapa kemahiran dalam membaca. selain itu, komponen strategi yang wujud dalam bahan, program pelajaran atau aktiviti pelajar perlu memberikan tindak balas. Guru boleh menggunakan pita rakaman dalam aktiviti pelajaran ataupun menggunakan buku kecil yang memerlukan guru terlibat sama. sistem penyimpanan rekod juga merupakan salah satu komponen dalam pendekatan teknologikal. Merekod mengenai kemahiran yang sudah melalui keupayaan dalam ujian rujukan kriteria dan menunjukkan objektif dan arahan yang diambil tindakan.
Pendekatan Membaca Individu
Pendekatan ini memberi penekanan kepada tahap yang berbeza dalam pembacaan individu.Hal ini demikian kerana, untuk memastikan pelajar dapat belajar mengikut kemampuan mereka dan memudahkan mereka belajar.Seterusnya pelajar memilih bahan bacaan dan mengaitkan dengan keperluan, minat dan keupayaan membaca.guru juga perlu memberi bantuan bagaimana cara untuk memilih buku dengan cara penyiringan serta menerangkan kesukaran ketika membacanya. Seperti pendekatan yang lain, pendekatan ini jua mempunyai komponen yang perlu dilaksanakan. Guru bebas untuk menggunakan cara tersendiri atau memberi kebebasan kepada murid untuk memilih buku yang diminati untuk dibaca. Hal ini kerana ia secara tidak langsung akan membantu pelajar dalam mengembangkan penguasaannya dalam membaca. Kemudian dalam aspek perbincangan antara guru dan murid, melalui aspek ini pengajaran dilaksanakan secara personel atau melalui konferensi. Malah ia juga melibatkan penglibatan murid serta menggunakan huraian yang sesuai. Guru yang melaksanakan pendekatan ini perlu merekod harian bacaan pelajar.Contohnya guru berbincang dengan pelajar mengenai idea daripada buku dan implikasi terhadap kehidupan.
Pendekatan Holistik
Prinsip asas pendekatan ini ialah murid-murid bukan sahaja diajar untuk menguasai kemahiran membaca, tetapi juga menikmati bahan bacaan.Pendekatan ini diperkenalkan dalam pengajaran bacaan kerana penulis mendapati masyarakat Malaysia mempunyai kadar boleh membaca yang tinggi, tetapi tidak mempunyai minat membaca yang menggalakkan.Tujuan pendekatan ini adalah untuk mengembangkan potensi individu dalam suasana pembelajaran yang lebih menyenangkan. Pelajar diharapkan dapat menjadi dirinya sendiri (learning to be). Pelaksanaan mengajar membaca secara holistik perlu bermula diperingkat awal membabitkan penyertaan pelbagai pihak termasuklah pelajar, guru,ibu bapa dan masyarakat sebagai usaha memperoleh manfaat sepenuhnya.Teks yang digunakan dalam bahan bacaan ialah teks autentik iaitu teks dalam bentuk penerbitannya yang sebenar. Pergantungan semata-mata pada buku teks di dalam kelas akan mengehadkan pembacaan terhadap bahan yang tidak lengkap dan telah diubahsuai dengan keperluan dan kepadatan ruang dalam buku teks tersebut. Jadi, guru haruslah menggunakan buku dalam bentuk penerbitan supaya pelajar dapat menghalusi pemikiran penulis lebih mendalam.
Pendekatan Model Bottom-Up
(dari Bawah ke Atas )
Pendekatan ini menyatakan bahawa pengajaran membaca bermula dengan guru di mana mereka membincangkan, pengalaman murid tentang sesuatu isu yang dianggap penting atau semasa.Melalui ini, guru dapat mencungkil pengalaman serta menimbulkan minat mereka dalam perbincangan.Selain itu, guru juga hendaklah membincangkan beberapa istilah yang dianggap penting dan dapat difahami murid dengan jelas.Memincangkan isi-isu yang berkaitan dengan topik perbincangan dengan lebih teperinci lalu disampaikan mengikut disampaikan mengikut kefahaman murid.Setelah itu, membahagikan teks untuk bacaan sebagai transfer ilmu yang berkesan.
7.0 PENTAKSIRAN MEMBACA
08:19
No comments
Pentaksiran merupakan proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi oleh seseorang pelajar melalui bacaan, setelah mengalami proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kesahan bukti empirikal yang digunakan bagi proses penaksiran sangat bergantung kepada sejauhmana keupayaan guru dalam mengkuantifikasikan dengan tepat kewujudan atribut atau ciri penguasaan pelajar yang digunakan sebagai asas penaksiran. Pentaksiran perlu selari dengan objektif pembelajaran pada satu-satu sesi P&P. Selain itu, pentaksiran juga sentiasa disepadukan dengan kaedah mengajar dalam setiap sesi P&P, dan berlaku di sepanjang P&P trsebut. Dengan itu, guru perlu mahir dengan pelbagai jenis alat pentaksiran dan berketerampilan menggunakannya pada masa yang paling efektif.
PBS ialah pentaksiran yang dilakukan oleh guru semasa proses P&P di dalam kelas berlangsung. Menurut Aziz (2010), dalam PBS peranan guru adalah untuk mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru juga menentukan hasil pembelajaran yang hendak diajarkan dan ditaksir, merancang dan membina instrumen pentaksiran, melaksanakan pentaksiran, merekodkan hasil pentaksiran, menganalisis maklumat pentaksiran, melaporkan hasil pentaksiran dan membuat tindakan susulan.
Manakala, dalam konteks Malaysia, PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor (jasmani) dan sosial, selaras dengan Falsaah Pendidikan Kebangsaan. PBS ini mentaksir proses dan produk secara formatif dan sumatif, iaitu mengamalkan konsep assessment for learning dan assessment of learning.
PBS mentaksir bidang akademik dan bidang bukan akademik. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan oleh pihak sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).
Ciri-ciri Panduan Pelaksanaan PBS:
- Ia melibatkan guru dari awal hingga akhir pengajaran: dari merancang pentaksiran pembelajaran, mengenal pasti dan membina tugasan/alat pentaksiran yang sesuai, memantau pelaksanaan, mentaksir kerja murid.
- Mengumpulkan seberapa banyak sampel tentang perkembangan murid dalam jangka masa yang ditetapkan.
- Pentaksiran ini boleh diadaptasi dan diubahsuai oleh guru untuk menyelaraskannya dengan matlamat pembelajaran bagi sesebuah kelas dan murid yang hendak ditaksir.
- Pentaksiran ini berlaku di dalam kelas biasa.
- Ia dilakukan oleh guru yang mengajar murid berkenaan.
- Murid menjadi lebih aktif melalui proses pentaksiran, terutamanya apabila guru melakukan pentaksiran sendiri atau rakan sebaya.
- Pentaksiran ini memberi peluang kepada guru untuk memberikan maklum balas secara membina (constructive) kepada murid dengan serta-merta.
- Ia mengalakkan penilaian berterusan dan melaraskan program P&P.
- Pentaksiran ini menjadi pelengkap kepada bentuk-bentuk pentaksiran yang lain, termasuk peperiksaan umum seperti, UPSR, PMR, dan SPM.
Konsep PBS yang terdapat dalam pernyataan misi PBS:
(i) Pentaksiran Bersifat Holistik
- Menilai aspek kognitif, afektif, dan psikomotor murid selaras dengan FPK dan kurikulum kebangsaan.
- Tujuannya untuk membangunkan modal insan yang holistik dengan memiliki profil murid PBS.
- Hal ini, melalui aktiviti kognitif seperti menjawab soalan dan bercerita semula tentang kefahaman mereka daripada pelbagai bahan yang dibaca, melahirkan perasaan dan emosi berdasarkan bahan bacaan melalui aktiviti deklamasi puisi dan improvisasi, serta melakonkan watak yang digambarkan dalam teks.
(ii) Pengumpulan Maklumat
- Mengenai kebolehan murid yang lebih komprehensif dikumpulkan dalam rekod profil murid.
- Perkara-perkara yang diisikan dalam profil ini ialah pencapaian murid (achiement), perkembangan (development), dan penglibatan (involvement) murid.
- Rekod-rekod ini dapat memberikan gambaran yang lebih tepat tentang potensi dan prestasi murid.
(iii) Pentaksiran Yang Seimbang
- Ia berfokuskan kepada perkembangan potensi dan kemenjadian murid melalui pendidikan yang menitik beratkan pembinaan dan penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran serta pengamalan nilai (adab) yang baik.
(iv) Pentaksiran Bersifatkan Murid
- Meningkatkan penglibatan, pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, dan memupuk nilai dan sikap terpuji serta bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri sebagaimana yang terdapat dalam profil murid PBS.
- Ia dapat dilakukan melalui aktiviti autentik yang merujuk kepada situasi kehidupan sebenar, pembelajaran kendiri dan kolaboratif.
Istilah-istilah yang diperkenalkan oleh guru yang dikehendaki oleh KPM ialah, band, standard, standard prestasi, deskriptor, evidens dan instrumen.
Pentaksiran Formal
Pentaksiran formal biasanya dilakukan secara bertulis, seperti ujian, kuiz dan esei. Hasilnya murid akan diberikan markah dan gred. Pengurusan pentaksiran jenis ini lebih sistematik. Matlamatnya adalah untuk menilai kemajuan murid dalam satu-satu jangka masa pengajaran. Keputusan pentaksiran ini penting kerana guru, ibu bapa dan pentadbir ingin mendapat maklumat tentang perkembangan murid dalam pembelajaran membaca. Pentaksiran jenis ini digolongkan dalam Ujian Rujukan Norma.
Pengujian
Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam proses P&P. Ujian adalah alat ukur, bagi mengukur ‘penguasaan’ pelajar dalam membaca sesuatu bahan bacaan. Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu bahan bagi merangsang pelajar untuk ‘menunjukkan’ tahap penguasaan mereka dalam memahami bahan yang berkenaan. Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.
Ciri Utama Ujian
(i) Kesahan Ujian
Kesahan ujian sebagai alat pengukuran bermaksud ujian tersebut menguji apa yang hendak diuji. Sesebuah ujian itu perlu memiliki 3 jenis kesahan.
(a) Kesahan Kandungan
- Ia merujuk kepada sejauhmana sesuatu ujian merangkumi domain kandungan yang hendak dinilai.
- Kandungan sesuatu ujian merupakan sampel ‘representative’ kandungan bidang yang ingin diukur.
- Bagi menentukan ujian yang digunakan meliputi kandungan bidang yang diuji, guru perlu mentakrifkan kurikulum dan isi pelajaran kursus yang diajarkan.
- Salah satu cara yang digunakan oleh guru, ialah dengan merangka Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).
(b) Kesahan Gagasan
- Ia merupakan sekumpulan konsep yang ada pada fikiran tetapi kita tidak dapat dilihat objeknya secara langsung seperti pencapaian, kecerdasan dan kreativiti.
(c) Kesahan Berkaitan Dengan Kriteria
- Ia merujuk sejauhmana kaitan antara pencapaian dalam sesuatu ujian dengan kriteria luaran yang berkecuali.
- Ia mempersoalkan sama ada ujian sah mengukur kriteria yang hendak diukur.
- Sekiranya kriteria luaran yang berkecuali sebenarnya sah bagi mengukur kriteria yang hendak diukur, maka kaitan yang bererti antara ujian dengan kriteria luaran tersebut menunjukkan kesahan berkaitan dengan kriteria.
- Terdapat dua jenis kriteria yang boleh digunakan, iaitu kriteria serentak yang ditunjukkan pada masa yang sama atau hampir sama dengan pengukuran yang dikenakan ke atas kriteria tersebut.
- Kriteria jangkaan ditunjukkan pada satu selang masa selepas pengukuran dikenakan ke atas kriteria tersebut.
(ii) Kebolehpercayaan Ujian
Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan ujian dalam mengukur apa yang hendak diukur. Kebolehpercayaan ujian dipengaruhi oleh faktor yang tidak sistematik, iaitu faktor yang menghasilkan perubahan atau variasi yang tidak dijangka yang dikenali sebagai perubahan rawak.
(iii) Keobjektifan Ujian
- Ia berkait dengan sejauhmana perskoran sesuatu jawapan ujian bebas daripada pertimbangan pemeriksa.
- Bagi memastikan ujian mempunyai keobjektifan yang tinggi, skema perskoran perlu disediakan lebih awal sebelum ujian.
- Skema perskoran bagi soalan objektif agak mudah, kerana mencatatkan huruf sama ada A, B, C, atau D.
- Bagi soalan subjektif, kaedah penskoran agak rumit, terutama bagi soalan yang memerlukan murid menggunakan pemikiran aras tinggi.
(iv) Kebolehtadbiran
- Sesuatu ujian mestilah boleh ditadbirkan dengan sempurna.
- Pentadbiran ujian yang sempurna sangat penting supaya semua pelajar mempunyai suasana yang sesuai untuk memberi jawapan yang terbaik.
Pentaksiran Tak Formal
Ia berlaku secara lebih bersahaja. Ia penting dalam proses pembelajaran. Dalam pengajaran kemahiran membaca, pentaksiran tak formal dapat memberikan gambaran menyeluruh tentang kemahiran, kebolehan dan perkembangan berterusan murid tentang pencapaian membaca mereka. Terdapat sekurang-kurangnya tiga ciri yang membezakan pentaksiran tak formal dengan pentaksiran formal.
(a) Tujuan: Ia bertujuan membimbing murid mencapai kemahiran yang disasarkan.
(b) Pelaksanaan: Ia berlaku sepanjang masa pengajaran kemahiran membaca.
(c) Alat Pengukuran: Ia biasanya menggunakan ujian pensel dan kertas sebagai instrument. Instrument yang kerap digunakan ialah inventori, senarai semak, skala, rubrik, dan kadangkala catatan guru.
Pentaksiran dan Kad Kemajuan
- Setiap pentaksiran perlu direkodkan, ia penting untuk memantau perkembangan prestasi murid.
- PBS memperkenalkan kaedah merekod yang lebih sistematik. Melalui rekod prestasi PBS, guru dikehendaki mencatat perkembangan murid mengikut band, deskriptor dan evidens.