Wednesday, 14 May 2014

6.0 PENDEKATAN DALAM MENGAJAR MEMBACA


Bagi seseorang pelajar, kemahiran membaca adalah sangat penting. Hal ini demikian kerana dengan penguasaan dalam kemahiran membaca akan membantu seseorang pelajar untuk memperluaskan pemikiran dan idea di samping dapat meningkatkan daya kreativiti dalam pelbagai bidang. Kebolehan menguasai kemahiran membaca sangat penting dan sering menjadi ukuran kepada pencapaian pelajar di sekolah.  Hal ini kerana, kemahiran tersebut  menjadi faktor penentu terhadap pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai bidang ilmu. Sesuatu ilmu itu akandiperolehi melalui pembacaan, seperti kata pepatah “Membaca Jambatan Ilmu”. Sekiranya pelajar tidak pandai membaca, maka dia akan ketinggalan dalam pelajaran berbanding dengan kawan-kawannya yang mahir membaca. Hal ini demikian kerana, proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah memerlukan pembacaan.Justeru itu, pelajar yang dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik akan menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam pelbagai mata pelajaran. Untuk memastikan pelajar dapat menguasai kemahiran ini, beberapa pendekatan dan langkah yang boleh digunakan oleh guru untuk membantu pelajar


                               
Pendekatan Membaca Asas

Pendekatan ini meliputi aktiviti mengajar membaca melalui beberapa kemahiran yang biasa pada situasi membaca yang pelbagai seperti tujuan rekreasi, mencari maklumat dan bimbingan (YahyaOtham, 2004). Di samping itu, dalam pendekatan ini juga, ia turut menekankan tentang kesinambungan pengulangan dan mengulang kaji perkara yang diajar sebelumnya. Ini bermakna pelajar sentiasa membuat latihan terhadap sesuatu yang telah diajar oleh guru mereka di dalam kelas. Dalam pengajaran membaca juga, penambah bahan kepada perkara yang telah diajar merupakan salah satu cara yang boleh membantu pelajar dalam menguasai kemahiran membaca mereka.Selain itu, dalam pendekatan ini pola dan perbendaharaan kata turut dititikberatkan.Ia bermakna guru perlu menjelaskan mengenai perkara ini kepada pelajar dengan tepat. Hal ini kerana, supaya bilangan perkataan yang digunakan oleh pelajar dapat dikira dengan tepat dalam waktu-waktu yang tertentu.Malah, perkara yang lebih penting dalam pendekatan ini ialah guru perlu memikirkan kebolehan serta pengalaman yang dimiliki oleh pelajar dalam peringkat menguasai kemahiran membaca.
Antara dua kaedah pengajaran membaca asas adalah pengajaran pekembangkan kemahiran dan pelajaran membaca secara terarah. Pengajaran perkembangan kemahiran adalah melibatkan guru menulis perkataan di papan hitam serta membulatkan perkataan-perkataan yang mempunyai bunyi yang sama  semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Manakala bagi kaedah pelajaran membaca secara terarah pula terbahagi kepada lima cara, iaitu motivasi, persediaan latar belakang, menetapkan tujuan, membaca semua secara senyap ataupun lisan secara terarah dan tindak balas dan perluasan. Dari segi motivasi, bermaksud melalui latar pengalaman, kuiz, menyelesaikan masalah dan sebagainya yang dilakukan oleh guru di dalam kelas. Hal ini akan memberi satu tindakan positive kepada pelajar di mana mereka akan melakukan pembacaan.
Seterusnya, dari aspek persediaan latar belakang pula adalah di mana, apabila terdapat perkataan-perkataan yang sukar dan asing, guru hendaklah tuliskan di papan hitam dan kemudian meminta pelajar untuk mencari atau meneka maknanya.Di samping itu, guru boleh menyuruh pelajar menggunakan dalam perbualan atau dalam petikan karangan yang dibuat.Dalam aspek menetapkan tujuan, bermaksud guru dan pelajar sama-sama menguji pilihan dan menentukan tujuan yang diberikan. Manakala dari segi membaca semula secara senyap atau lisan secara terarah memerlukan pelajar membaca teks pilihan dan menjawab soalan semasa membaca senyap guruboleh pergi kepada pelajar secara individu dan minta pelajar membaca secara kuat serta bertanya apa yang didapati dan masalah yang dihadapi. Akhir sekali dari segi tindak balas dan perluasan, guru memberi pelajar pilihan untuk mempraktikkan kemahiran yang diperoleh melalui buku kerja, pengajaran kendiri atau helaian aktiviti boleh digunakan untuk membantu pelajar menguasai kemahiran membaca.

     Pendekatan Teknologikal

Perkara pertama dalam pendekatan ini adalah keupayaan menghasilkan pengajaran berurutan dapat dilakukan semula pada masa yang lain. Ia bermaksud aktiviti bagi sesuatu pengajaran yang dilakukan dapat digunakan untuk pengajaran yang lain. Pendekatan ini menekankan perkara yang dapat dirasai oleh pancaindera dan dibuktikan kebenarannya. Pendekatan ini juga dilabelkan sebagai :
                       
Ø  Sistem membaca berdasarkan objektif
Ø  Program berdasarkan kriteria
Ø  Membaca berdasarkan kecekapan
Ø  Sistem pengurusan kemahiran
Ø  Membaca berdasarkan perspektif diagnostik

Dalam pendekatan ini, terdapat empat aspek, iaitu yang pertama adalah objektif tingkah laku di mana pelajar hendaklah mengenal pasti perkataan, objektif bagi pemahaman dan kemahiran belajar. Seterusnya, ujian kriteria bagi setiap objektif di mana, ia akan menentukan status atau kedudukan individu dengan merujuk domain tingkah laku seperti kemahiran membaca atau gabungan beberapa kemahiran dalam membaca.  selain itu, komponen strategi yang wujud dalam bahan, program pelajaran atau aktiviti pelajar perlu memberikan tindak balas. Guru boleh menggunakan pita rakaman  dalam aktiviti pelajaran ataupun menggunakan buku kecil yang memerlukan guru terlibat sama. sistem penyimpanan rekod juga merupakan salah satu komponen dalam pendekatan teknologikal. Merekod  mengenai kemahiran yang sudah melalui keupayaan dalam ujian rujukan kriteria dan menunjukkan objektif dan arahan yang diambil tindakan.

     Pendekatan Membaca Individu

Pendekatan ini memberi penekanan kepada tahap yang berbeza dalam pembacaan individu.Hal ini demikian kerana, untuk memastikan pelajar dapat belajar mengikut kemampuan mereka dan memudahkan mereka belajar.Seterusnya pelajar memilih bahan bacaan dan mengaitkan dengan keperluan, minat dan keupayaan membaca.guru juga perlu memberi bantuan bagaimana cara untuk memilih buku dengan cara penyiringan serta menerangkan kesukaran ketika membacanya. Seperti pendekatan yang lain, pendekatan ini jua mempunyai komponen yang perlu dilaksanakan. Guru bebas untuk menggunakan cara tersendiri atau memberi kebebasan kepada murid untuk memilih buku yang diminati untuk dibaca. Hal ini kerana ia secara tidak langsung akan membantu pelajar dalam mengembangkan penguasaannya dalam membaca. Kemudian dalam aspek perbincangan antara guru dan murid, melalui aspek ini pengajaran dilaksanakan secara personel atau melalui konferensi. Malah ia juga melibatkan penglibatan murid serta menggunakan huraian yang sesuai. Guru yang melaksanakan pendekatan ini perlu merekod harian bacaan pelajar.Contohnya guru berbincang dengan pelajar mengenai idea daripada buku dan implikasi terhadap kehidupan.

      Pendekatan Holistik

Prinsip asas pendekatan ini ialah murid-murid bukan sahaja diajar untuk menguasai kemahiran membaca, tetapi juga menikmati bahan bacaan.Pendekatan ini diperkenalkan dalam pengajaran bacaan kerana penulis mendapati masyarakat Malaysia mempunyai kadar boleh membaca yang tinggi, tetapi tidak mempunyai minat membaca yang menggalakkan.Tujuan  pendekatan ini adalah untuk mengembangkan potensi individu dalam suasana pembelajaran yang lebih menyenangkan. Pelajar diharapkan dapat menjadi dirinya sendiri (learning to be). Pelaksanaan mengajar membaca secara holistik perlu bermula diperingkat awal membabitkan penyertaan pelbagai pihak termasuklah pelajar, guru,ibu bapa dan masyarakat sebagai usaha memperoleh manfaat sepenuhnya.Teks yang digunakan dalam bahan bacaan ialah teks autentik iaitu teks dalam bentuk penerbitannya yang sebenar. Pergantungan semata-mata pada buku teks di dalam kelas akan mengehadkan pembacaan terhadap bahan yang tidak lengkap dan telah diubahsuai dengan keperluan dan kepadatan ruang dalam buku teks tersebut. Jadi, guru haruslah menggunakan buku dalam bentuk penerbitan supaya pelajar dapat menghalusi pemikiran penulis lebih mendalam.

      Pendekatan Model Bottom-Up 
(dari Bawah ke Atas )

Pendekatan ini menyatakan bahawa pengajaran membaca bermula dengan guru di mana mereka membincangkan, pengalaman murid tentang sesuatu isu yang dianggap penting atau semasa.Melalui ini, guru dapat mencungkil pengalaman serta menimbulkan minat mereka dalam perbincangan.Selain itu, guru juga hendaklah membincangkan beberapa istilah yang dianggap penting dan dapat difahami murid dengan jelas.Memincangkan isi-isu yang berkaitan dengan topik perbincangan dengan lebih teperinci lalu disampaikan mengikut disampaikan mengikut kefahaman murid.Setelah itu, membahagikan teks untuk bacaan sebagai transfer ilmu yang berkesan.












0 comments:

Post a Comment